Create your own banner at mybannermaker.com!

Disclaimer

Pihak kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat. Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Pihak kami tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan blog dan maklumat dan bahan terkandung dalam blog dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.Beberapa jenama racun yang disebut sebagai contoh bukanlah satu bentuk promosi atau diskriminasi produk dan hanya sebagai rujukan semata-semata.


Thursday, October 29, 2009

KENALI RACUN PEROSAK

Persoalan pertama bagi sesiapa yang ingin menggunakan racun perosak ialah "apa itu racun perosak". Memahami konsep disebaliknya walaupun secara ringkas adalah amat penting dalam aspek penggunaan racun perosak secara berhemah.

Secara umumnya, setiap bahan yang mengandungi bahan aktif (active ingredient) yang dapat

mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melega, mengurang

mahkluk perosak adalah dikategorikan sebagai racun perosak.

Untuk lebih mudah memahaminya, racun perosak diberi mana khusus sebagai pengenalan. Penamaannya di bahagi kepada 3 iaitu

1. Nama biasa

Ia adalah nama "generic" yang diberikan bagi mengantikan nama kimia yang panjang dan rumit.
Contohnya Chlorpyrifos, Cypermethrin, Glyphosate, malathion, methamidophos, imidacloprid.



2. Nama kimia

Nama yang diberikan secara sistematik mengikut kaedah penamaan oleh badan badan tertentu seperti International Union Of Pure And Applied Chemistry (IUPAC) dan Chemical Abstract Services (CAS).
Contoh nama kimia bagi nama biasa Chlorpyrifos ialah O,O-diethyl O-3,5,6-trichloro-2-pyridyl phosphorothioate dan nama kimia bagi nama biasa 2,4D ialah 2,4-Dichlorophenoxyacetic acid

3. Mana dagangan atau keluaran

Nama yang diberikan kepada sesuatu racun dan merupakan jenama seperti yang tertulis pada bungkusan atau label racun.
Contoh nama dagangan ialah AGR CONFILAC 200, Roundup,Ally 25DF, Confidor 100SL, Dursban 75+, Antracol 35WP

PASTIKAN RACUN PEROSAK YANG ANDA GUNAKAN ADALAH BERDAFTAR

Sebelum anda membeli dan menggunakan sesuatu produk racun perosak, pastikan ia telah didaftarkan di Malaysia oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak di bawah Akta Racun mahkluk Perosak 1974.

Bagaimana?

Hanya rujuk pada label dan pastikan ada nombor pendaftaran seperti LRMP.R1/xxxx
Atau anda boleh rujuk senarai racun perosak berdaftar dilaman web Jabatan Pertanian seperti di bawah:

http://www.doa.gov.my/registered_pesticides/list.htm

Tuesday, October 20, 2009

RACUN TERHAD KEPADA KELAPA DAN KELAPA SAWIT SAHAJA


Mungkin ramai pembaca yang tidak mengetahui bahawa terdapat racun yang dikategorikan sebagai "RACUN TERHAD". Ia bermaksud, racun yang mengandungi perawis aktif tertentu hanya boleh digunakan keatas tanaman tertentu sahaja contohnya kelapa dan kelapa sawit. Penggunaan selain dari tanaman yang dibenarkan adalah menjadi kesalahan di dalam Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan boleh diambil tindakan undang-undang.

Antara perawis aktif yang hanya dibenarkan terhadap kelapa dan kelapa sawit sahaja ialah

Methamidophos - seperti Metafos 600, Tamaron, SK Metha 50, Medofos 5000.



Monocrotophos - Aimocron 55, Azodrin 60WSP, Bullet 55, Mono 55.

Acephate - seperti Orthene 75SP, Accord 750, AGR Palma 75.

RACUN YANG TIDAK DIBENARKAN PADA SAYURAN

Untuk maklumat pembaca, terdapat perawis aktif racun yang tidak boleh digunakan pada sayur-sayuran. Salah satu sebab ialah penggunaan racun tersebut akan mendatangkan masalah terhadap Maximum Residue Limit (MRL). Kebanyakan racun tersebut adalah dalam kumpulan Organophosphate (OP).

Diantara perawis aktif tersebut ialah

1. Profenofos
2. prothiofos
3. Quinalphos
4. Triazolphos
5. Phenthoate
6. Metamidophos
7. Monocrotophos
8. Acephate

Ini bermakna setiap jenis jenama racun yang mengandungi perawis aktif tersebut adalah tidak boleh digunakan pada sayur-sayuran.

Monday, October 19, 2009

KITAR SEMULA BEKAS RACUN PEROSAK

Setiap bekas racun perosak yang telah kosong hendaklah dikitar semula. Itupun setelah dia dibasuh bersih melalui "Teknik Bilas 3 Kali". Ini adalah penting untuk memastikan bekas tersebut bersih dari sisa racun perosak sebelum dikitar semula. Pihak Bahagian Kawalan Racun Perosak telah mengedarkan poster yang menerangkan secara lengkap berkaitan kempen kitar semula bekas racun perosak tersebut. Poster dikeluarkan dalam 3 bahasa iaitu melayu, tamil dan mandarin.

Bagi pihak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan kempen kitar semula bekas racun perosak, bolehlah berhubung dengan

Pejabat Pertanian Daerah
39100 Brinchang
Cameron Highlands
Pahang
Tel: 05 4901661
Fax: 05 4901660

Bahasa Melayu




Bahasa Mandarin


Sunday, October 18, 2009

KENALI KELAS-KELAS RACUN PEROSAK

Perkara pertama yang perlu diketahui oleh pengguna racun perosak berhemah ialah kelas-kelas racun. Terdapat 5 kelas racun yang disusun berdasarkan tahap kebisaannya. Setiap kelas dibezakan dengan warna (disebut pita warna) bermula dari warna hitam untuk kelas 1a dan diakhiri dengan warna putih untuk kelas IV. Setiap pita warna mengandungi maklumat tahap kebisaan dalam 3 bahasa iaitu melayu, mandarin dan tamil bagi kemudahan semua pengguna.

Adalah ditegaskan bahawa kelas tersebut adalah berdasarkan kebisaannya kepada manusia bukannya kepada makhluk perosak. Ini bermakna kelas 1a adalah amat berbisa kepada manusia bukannya kepada makhluk perosak. Ini juga bermakna jika anda menggunakan racun kelas 1a, ia bukan bermaksud amat berkesan kepada makhluk perosak. Setiap penggunaan racun perosak adalah mengikut apa yang disyorkan pada label.

Secara umumnya, kelas racun tersebut ialah

Kelas 1a (warna hitam) - BERACUN -AMAT BISA
Kelas 1b (Warna merah) - BERACUN - BISA
Kelas II (Warna kuning) - BERACUN
Kelas III (Warna biru) - BERBAHAYA
Kelas IV (Warna putih)

Pengguna disyorkan untuk menggunakan racun perosak kelas IV terlebih dahulu untuk mengawal perosak, jika didapati tidak berkesan, barulah menggunakan kelas yang lebih rendah.

Sila rujuk poster dibawah untuk mendapatkan maklumat mengenai kelas-kelas racun perosak.